Kehidupan awal Mia Sara Shauki

Mia Sara Shauki dilahirkan pada 12 Oktober 1999 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Bapanya, Afdlin Shauki[2] ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengarah. Datuknya, Monggoh Orow ialah seorang ahli politik dan bekas Ahli Parlimen Tuaran, Sabah. Mia berketurunan Melayu-Kadazan-Dusun-Yunani.

Mia belajar di Cempaka International Ladies' College pada usia 14 tahun. Semasa belajar di kolej itu, beliau mula menunjukkan minat terhadap seni persembahan, dan menghadiri penerbitan pecah panggung tahunan sekolah, seperti The Wedding Singer dan Legally Blonde: The Musical. Pada tahun 2015, Mia belajar untuk Program Diploma International Baccalaureate di Cempaka, namun tercicir sebelum menamatkan kursus pengajian pada 2016. Pada tahun berikutnya, beliau menghadiri kursus Pengasasan dalam Seni di Pusat Matrikulasi HELP. Beliau kini mengambil diploma kursus lakonan dalam talian di Royal Central School of Speech & Drama.